Santai Seoul Korea!


hai hai! kali ni saya update belog cepat-cepat. Ye la kalau tak update langsung terlupa nanti.

okay, honestly saya pada mulanya tak terfikir nak touchdown atau sampai ke Seoul Korea ni. Maklumlah last layan-layan drama Korea ni dulu-dulu je zaman diploma. It was 7 years ago! Now memang tak terikut dah perkembangan K-POP.

Jadi, trip kali ni merupakan trip santai je tau, asal jejak. haha! Budget semua akan saya masukkan di akhir cerita.

Fly to Seoul Korea! 


babai Malaysia - see u again

Gerak dari KLIA 2 jam 1.05 am. Macam biasa, parking di Putrajaya  Central dan naik ERL ke KLIA 2. Flight tenang dan okay. Lebih kurang 6 jam, pagi tu kami tiba di Incheon Airport. Untuk makluman, waktu di Korea awal sejam je dari Malaysia. Jadi tak terasa sangat jetlag tu.

Tiba di Incheon Airport

Bila tiba di Incheon Airport, airport ni agak besar, perlu menaiki tren ke ruang arrival. Jangan risau sebab direction ada tertulis dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah proses pemeriksaan semua berjalan lancar. Lepas tu mulalah terpinga-pinga sikit sebab eport besar kan. hahaha!

Mujurlah sebelum sampai tu dah study, jadi keluarkan lah itinerary yang dah ditaip dan di print. Mula-mula sekali kami beli T-Money dan top up 25,000 won.

Guesthouse kami di area Chungmuro Station - bersebelahan Myeongdong. Jadi kami naik bas 6001 dan bas berhenti betul-betul di Chungmuro bas station.

Reason tak naik subway - takut sesat. kih kih kih

but lemme taste you 1st
 kami tiba di GH awal dalam jam 10 am - dalam sejuk-sejuk tu bersyukur reception ada kat situ.
Drop bag dan lepas tu just jalan-jalan sekitar Myeongdong. Orang kata - warm up.


dapur GH - makan dulu alas perut

Jalan - jalan , sejuk gilaaa. menghitung check in time

random
Makan sambil terketar sejokk
Day 1st ni tak jalan mana sangat. Just makan streetfood dan jalan-jalan tengok kosmetik dan tidur awal. Ngantuk!


Day 2 : Namsan Tower/Itaewon


Hari kedua ni da refresh! Jadi, dalam jam 8 pagi kami bergerak ke arah Namsan Seoul Tower Cable Car station. Kami decide taknak menapak sebab nak jalan kaki banyak lagi sepanjang berada kat Seoul ni.



Depan GH - Come On Guest House

Cable Car Station - berdekatan Myeondong Station bertentangan UNIQLO

Candid

Tengah menconteng
Frust daun banyak dah kering. Harap-harap kat Nami still fresh

Stress dedaun dah gugur - mana maple leaf ni?

Petang tu kami singgah di Itaewon - nak try halal food kat Makan Restoren
Kat sini ramai juga yang redeem kupon. Kalau you guys rajin dan sempat, boleh dapatkan kupon diskaun makan kat sini - dalam 1 bil diskaun 3000 won. Kupon tu boleh ambil di Korea Tourism Organization kat KL. Siap leh dapat T-Money free tau if g ambik booklet tu. Ni untuk tahun 2016. Tahun akan datang kena rajin-rajin check sendiri ya!

side dish - free flow, boleh request if nak tambah

sedappp! Bulgogi ;)

Berkenalan dengan tourist Malaysia waktu sesat di Itaewon

Masjid di Itaewon

Day 3 : Nami Island + sesat

Hari ni dengan semangat waja, pagi-pagi pukul 6.30 di Korea, kami dah bangun dan bersiap-siap untuk ke Nami Island. Dengan harapan masih banyak dedaun dan boleh feeling autumn kat Nami.


Kawan baik di Seoul Korea
Siyes memang kami sesat-sesat salah line nak ke Nami Island ni. haha. Jadi kalau dari Chungmuro, ni route yang betul :

Chungmuro St - Dongdaemun Culture st - tukar ke line 2 - berhenti di Wangsimni st - tukar train - ambil line Gyeongui Jungang - berhenti di Mangu st - tukar train ambil line Gyeongchun - stop kat Gapyeong st. 


dalam subway

adeh...finally nasib sampai. hahaha!

Gapyeong Station!

Dari sini, kami ambil bas sebab berdua je, kalau naik teksi harga nya lebih kurang 3000 /4000 won satu teksi. Dalam 15 minit je ke jety. Kalau naik bas, harganya 1200 won seorang.

dalam bas

Tiket ke Nami Island : 8500 won

Feri!
Tiba di Nami Island. Sejuk benooo.












Tidur je lah, frust daun semua dah kering. ahahahha!
sambung lagi nanti ;)

No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)