Persiapan sebelum ke Seoul, Korea (Hujung autumn)

Persiapan sebelum ke Seoul, Korea!

22 - 27 November 2016

Entry kali ini saya akan ceritakan perjalanan saya ke Seoul Korea! Tarikh yang dipilih adalah sekitar penghujung November. Kekonon nak feeling áutumn in my heart tapi still not sure sebab awal November tu ramai geng-geng Backpackers share yang suhu kali ni drop awal. Pada 10 November pun suhu dah -2.  Basically memang tak ready sangat kalau sejuk teramat, kalau sejuk aircond 16 tu saya still suka ;)

Jadi ini adalah barang-barang yang saya dan travelmate beli 3 week sebelum kami berangkat ke Seoul. Konsepnya gaji hujung Oct tu beli la barang-barang untuk travel. Kami plan beli sikit-sikit dulu sebab jika betul-betul sejuk, kami akan beli kat Seoul nanti. Dengar cerita, kat sana lagi murah dan cantik!

Saya beli

Knitted Sweater from H&M
Winter Jacket (jenis gelembung dan yang biasa)
Winter Jacket Kain
Heat Tech Inner from Uniqlo
Glove from UT
Wool Socks (tidur) from Daiso
Warmer (body & hand)
Seluar Heattech Uniqlo

Travelmate

Winter Jacket
Wool Socks from Daiso
Glove from Daiso

Makanan

Maggi Cup
Biskut (chipsmore)
Biskut Jacob
Muffin Banana
Bubur Segera (kering)
Nasi Goreng Kampung Segera
Nescafe 3 in 1
Sebuku Roti Gardenia
Twiggies
Jem

Lain-Lain

Travel Plug
Kamera
Rain Coat
Pakaian
Seluar/Baju/Tudung/Brooch
Keperluan - mandian & colgate







Komen Selepas ke Seoul Korea

Alhamdulillah, semua barang-barang di atas ni lepas kami masuk hand carry. Kecuali jem lady choice. Terlepas pandang yang jem tu 175g. Lebih dari 100g.kikiki. Redha je lah.



Trip ni merupakan trip pertama kami ke Seoul pada musim autumn. Mula-mula kami macam confident je Seoul tak sejuk mana. Nak beli heat pack tu pun berkira. Waktu kami di Malaysia, kami tengok suhu lebih kurang 11 celcius. Setibanya kami di Seoul, pelik tengok semua orang berwinter coat dalam airport padahal panas je. Rupanya dalam airport tu panas sebab ada heater! Once kami keluar je, bercakap pun keluar asap dan suhu adalah 2 darjah celcius! Memang ketar!


Jadi winter coat, heat tech (kalau boleh badan dan kaki sekali), heat pack, baju heattech tu semua amat penting dan amat membantu ketika menangani kesejukan kat sana. Mula-mula pakai heattech inner tu, lepas tu sweater atau sweatshirt, last sekali boleh cover dengan winter coat.

Kalau tak, memang spoil mood dan boleh jatuh sakit!

Winter coat memang banyak kat sana dan murah compare to Malaysia (yang takde brand). Boleh cari di sekitar Nandaemun Market.

Tak nak pakai glove takpe, tapi make sure dalam poket standby heat pack. Dekat Daiso Seoul ada jual yang saiz besar, memang best sangat guna kat sana. IDK kenapa glove touchscreen bila kat sana macam takde function. Maybe sejukkk sangat gaknya...Nak taknak terpaksa bukak gak glove. hehehe.

Untuk makanan pula, walaupun kami tinggal area Myeongdong, kami makan streetfood yang boleh dimakan oleh orang Islam serta kami jarang memasak di guest house. 3 in 1 tu pun penting atleast boleh lapik perut sebelum keluar dan kami akan cari restoren halal sehari sekali untuk makanan berat.

Okay, perjalanan di sana dan budget saya akan kongsi dalam entry lain. Stay tune!

No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)