Berjimba kat Gold Coast Australia!

Belog sawang-sawang again. Susah jugak ghopenya nak maintain mood menulis. teehee!


27 Februari 2015, berangkatlah kami berenam ke Goldcoast, Australia! Trip kali ini merupakan pertama kali saya jalan-jalan dengan my ex coursemate dulu. Kami tak pernah keluar together pun selama ni even eat together. And this is my first time travel with them..hihihi...so asalnya memalu gak la kitorang bertegur sapa kat dalam flight and I remember during that time Paan hulur nasik himpit. Omg rajin betul dorang masak. 


Okay, penerbangan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Flight malam jadi okay lah, tido je dalam flight selain berangan-angan tengok awan gelap gitewww.


Bila sebut nak pergi Aussie, orang terus bayangkan, amboi...like, banyak nya duit?

No, its not. Beli tiket setahun awal okay, then menabung. Kalau tak beli tiket, of course tak menabung. haha ^^


Day 1 : Gold coast - Brisbane

Setibanya kami di Coolangata Airport, kami beratur panjang untuk di scan serta dihidu-hidu oleh anjing kat sana. mih mih mih. Nasib baik dah baca-baca blog jadi strictly saya tak bawak barang-barang terlarang macam produk tenusu dan cuma bawak makanan yang berlabel macam sambal ikan bilis kotak (Brahim). Kalo tidak berlabel, memang tak lepas katanya. Sob sob sob. Selesai saja kami di security check, sadisnya GG pulak tersangkut. Nasib jugak pernah baca blog sebelum ni, saya da standby segala tiket dreamworld dan baucer hotel bagi membuktikan kami memang kesana untuk berjimba, bukan untuk kerja di sana. hehehe. 

Lepas tu kami usha-usha kereta sewa sebab sebelum tu macam having an issue nak book kete sewa online. Saya amik kesempatan tu untuk beli simkad kat sana iaitu Amaysim bagi membolehkan talian internet yang berterusan untuk hapdate IG dan fesbuk terus dapat berhubung dengan insan-insan tersayang kat Malaysia.

Jom layan gambar!


Perjalanan ke Brisbane

Brisbane

Wheel of Brisbane



Kitorang jalan-jalan pergi Manmade Beach, lepak-lepak and makan Nandos kat area tu. Picture? Cari tak jumpa. Will be updated soon.

Day 2 : Shopping Spree! Brisbane - Harbour Town - Surfer Paradise

Check out from Brisbane Backpackers

Us!

Tiba di Harbour Town!

Makan kat Ispa Kebab. Sedap Sangat!!

Okay, puas berwindow shopping sebab kekonon niat taknak soping, terbeli jugak kasut Sketchers yang super duper comfy. Time to check in! Kami check in di Mantra Circle On Cavill yang terletak ditengah tengah bandar Surfer Paradise. Best sangat this hotel. Ada 2 room inside, lengkap dengan segala-galanya macam mesin basuh pinggan, mesin basuh, Dryer, sabun basuh, pinggan, mangkuk, microwave, peti ais, pendek citer memang lengkap!!


Our Hotel!
Muka teruja
View Surfer Paradise, dari tingkat 12 kot.
View from my room

Penat berjalan...Time to ZzZzz...malam sambung jalan.



Day 3 : Dream World and White Water World

Pukul 6 pagi kat sini dah terang benderang. Bangun laju-laju dan bersiap. Hari ni kami split, saya dan GG pergi ke Dream World while Zurinah and the geng pergi Curumbin =)

Nak lintas jalan

Tempat tunggu bas, depan hotel je rupanya



Posing lagik

Kad untuk naik bas & train, beli kat eport

Sampai Dream World =)
Mr Kangaroo

Kat Malaysia ada Kucing, kat sini burung ni.

Dreamworld!!!

White Water World

Panas dan penat semua cukup. Pic kat atas ni sikit je basically banyak lagi yang kitorang main. Tips, sila bawak air masak, pakai sunblok...hihi. Pas balik memang sun burn. Rasanya if bawak bekal pun time ni takpe sebab dorang takde pun strict dan tak banyak sangat gerai makanan yang bukak time ni. hehe ^^

Day 4 : Cruise dan Sky Observation Deck


Good morning!

Cenonet je breakfastnya

View

Lepas cruise, kami jalan-jalan soping dan usha sky observation deck siang hari sebab pass untuk 3 days, jadi saja nak usha view siang dan malam.
Sky Observation deck siang hari

Panorama view

On the way kejar sunset


Sunset

Geng geng!

Hasil soping untuk family

Day 5 : Harbour Town dan balik Malaysia!

Flight kami malam, jadi sebelum check out, amik kesempatan untuk snap beberapa pic kenang-kenangan lagi =)




Total budget jalan-jalan kat Brisbane dan Gold Coast, waktu ni kadar tukaran dalam 2.835. 



Flight : RM1511
*Beli flight balik Malaysia last minit pastu mahal, sob sob 

Hotel Mantra Circle On Cavill : RM297

Breakfast di atas cruise : RM83

Pakej Dreamworld, White Water World dan Sky Observation Deck : RM269

Travel Insurans AIG (1 week) : RM40

 Sewa Kereta (bahagi 6pax) : RM105

Minyak Kereta (share 6 orang) : RM24

Tambang bas dan train : RM50

Makan minum kat Brisbane dan Goldcoast : RM470
(makan tanpa dikawal =p)

Total : RM2849 kan? tu tak masuk shopping. mih mih mih. Saya shopping untuk family dan diri sendiri dalam RM750. Jadi total Lebih kurang RM3700, boleh jimat lagi if tiket murah. Sekian. 







































No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)