Pulau Perhentian 4 Hari 3 Malam

DAY 1

Hai uols! Walaupun belog ini tiada pembaca, tetap juga saya coretkan kisah percutian ke Pulau Perhentian. Iols pergi sana pada 28 - 31 Ogos 2014 yang lalu sebab sesaja nak tengok sambutan kemerdekaan di Pulau gitchew. 

Pagi-pagi naik teksi ke Subang Airport untuk ke Kota Bharu, rancangan asal akan naik flight berlima. Sorang tak dapat cuti, dua orang pakcik kecik saya kata akan tunggu saya di Subang. Flight pukul 8.35 pagi, pukul 8.30 pagi dorang boleh call kelam kabut tanya KLIA1 atau KLIA2, memang geram bangat!

Anyway takpe la time tu terus suro dorang carik tiket baru sambil iols babai babai Shah Alam. Tak sabar sangat nak jejalan!

Okay, sampai je kat Kota Bharu Airport dalam pukul 9.30 pagi, kami berdua ambil teksi ke Jeti Kuala Besut. 

Dalam Flight, naik Firefly Subang
Tiba di Jeti Kuala Besut

Tu dia D'Rock Garden melambai!!


Long Beach, teringat kenangan kat Phuket

Seaview, D'Rock Garden

Antara harga makanan kat Long Beach.
 Kat sini ada banyak kedai makan tapi harga paham-paham la. But I enjoy the food, tomyam dan sos sotong celup tepung sedap sangat! Tapi kalau order pisang goreng ianya hanya lah buah pisang goreng tanpa tepung. Berat pun naik asik makan pagi petang siang malam. hehe ^^

Mandi manda sambil tunggu pakcik kecik
Budak tertinggal flight baru sampai dekat dekat nak maghrib

Malam tidur, sebelum tu sempat enjoy pertunjukan api di area long beach. D'Rock Garden best, cuma nak naik atas tu mengah sikit. Kami ambil seaview dengan kipas. Tak berani nak walk in takut takde bilik peak season so harga pon mahal sikit rasanya dengan agen ;)

Tips : Start dari Jeti Kuala Besut dah boleh pakai selipar sebab bila tiba di long beach confirm kasut basah pastu berat nak berjalan.^^

Day 2

Bangun pagi dengan semangat nak tengok ikan-ikan. Oh ye, waktu datang sini kami memang ada bawak makanan-makanan tapi dalam bilik takde kettle, jadi pagi-pagi kadang-kadang bawak megi sambil makan menu sarapan kat Ombak Kafe. Snorkeling pakej fullday kami ambil dengan Murai, ada 6 point (Fish Point, Shark Point, Turtle Point, Coral Garden, Turtle Beach)  termasuk kampung nelayan untuk makan tengahari.

Sarapan pagi di Ombak Kafe

Tunggu bot nak pergi snorkeling

Cak!! tiba-tiba ikan ni interframe

Tak terkata, happy sangat. Hilang kesibukan kota

Bagi makan kat cik ikan

Testing kamera baru, love it!

Main ombak, turtle beach

Hari kedua yang meletihkan, salah sorang pakcik pulak mabuk laut. Muntah-muntah tapi sekejap je ikan datang ngap...eeeuuwww...nasib tak muntah sekali. Overall, very happy!!

Tips : Boleh bawak roti untuk bagi makan ikan. Untuk yang tak reti berenang pon boleh snorkeling asalkan confident pakai jaket keselamatan ,^^

Tips lagi : Pakai pakaian yang selesa, ringan dan tak jarang bagi yang menutup aurat. Pakai jeans berat-berat memang penat lah nak berenang-renang. hehe

DAY 3

 Hari ke 3, we are ready untuk jalan-jalan cari kincir angin a.k.a windmill!

Jalan ke hutan untuk hiking ke kincir angin.

Sesat ke arah Coral Bay, last last amik water taxi je

mak aihhh, tu dia nak panjat. dah la kaki ayam.

Sambil naik tangga, sambil snap snap


Breathtaking sangat view nya!
Tiba di kincir angin
 Penat dan penat tapi puas hati! Lepas tu boatman dalam semula dalam tempoh sejam pick up kitorang ;) Balik ke D'Rock sambung main air. Kali ni target nak cari ikan, nak main main. mih mih mih.

Selfie dalam ayaq

Nyorok celah batu takut sunburn kononnya

Main-main dengan ikan yang interframe

Malam merdeka, tengok fireshow ;)


Tips : Pakai selipar atau kasut sebab tangga berkarat untuk ke arah windmill dan bawa air masak sebab kat sini takde jual apa-apa pun. hehe ,^^
DAY 4

Melangkah sambil menangis, sob sob. okay over. Kami check out dalam pukul 10 am sebab nak rilex-rilex sarapan sambil ambil gambar buat kali terakhir. Ambik bot yang pukul 12 tengahari sebab Flight Pakcik kecik pukul 5 pm manakala flight iols pukul 8.40 malam.

Naik water teksi untuk ke big boat

Big boat dah tunggu kat belakang sinun

Sun burn! Ni agen yang kami guna untuk book bilik + bot
Cinta ku tertinggal di Perhentian Island. Muax!


Jumlah perbelanjaan seorang untuk 4 hari 3 malam:

Tiket Flight  (Return) Subang - K.Bharu : RM118
Teksi K.Bharu - Jeti (Pergi) : RM78/2 : RM 39
Bot (return) : RM50
Water Teksi (pergi balik): RM4
Caj pemeliharaan taman laut : RM5
Snorkeling : RM45
Water Teksi pergi Windmill : RM18
Bilik : RM130 x 3 hari /2 : RM 195 
Teksi (balik) : RM78/4 : RM19.50

Jumlah kasar : RM493.50
(boleh jimat lagi kalau tidur bilik bukan seaview, naik bas dan gigih hiking windmill tu)

**Untuk yang kuat makan macam saya, extra lagi RM100. hihi ^^

okay finally dapat juga type sampai abis. thank you! 


1 comment:

Leave Cop Jari (,^^)