PERJALANAN KE PHUKET : HARI 1

Jumaat 27 Disember 2013
Hati aku menggelegak keriangan. Masa yang dinanti kian tiba. Barang-barang dah packing dalam luggage oren yang dibeli kat Sungai Wang. (Sebenarnya beli warna pink tapi ada orang curi sebab letak dalam kereta saga lama, so tak puas hati pegi beli lagi tapi warna pink dah takda)
okey, disebabkan dah baca kat Patong susah nak cari makanan halal, dalam luggage dah standby air kotak Soya, Maggi Cup, Milo and Nescafe 3 in 1, Coklat Kit Kat, dan Pringles perisa original.
Malam ni tido pukul 9 malam sebab nak bangun pukul 12. Flight pukul 4.30 pagi.

Duit dah tukar siap-siap kat Shah Alam, RM1240 dapat 12000 bath.
Sabtu 28 Disember 2013
Bangun dengan perasaan tak cukup tido. Excited. Terus mandi, siap-siap. My uncle yang buat part time bawa teksi dah tunggu kat depan apartment pukul 1 pagi macam tu. Sorry paktam, tak dengar whatsapp so pukul 1.30 baru sedar dan lari-lari turun. hehehe. Okay, naik flight pukul 4.30 pagi dan arrive at Phuket Airport pun pukul 4.40 pagi sebab waktu kat Phuket lewat sejam dari Malaysia. Ngantuk gilaaaa!!
posing kat MAS Airline.



Makanan free untuk perjalanan 1 jam ke atas!
 Gelap diluar sana. Tak nampak pulau cantik. Maklumlah flight awal pagi yang murah. hehe
Sampai kat Phuket Airport, melanguk kejap sampai pukul 6.30 camtu. Duduk je sambil tengok manusia lalu lalang. Lupa nak cari surau kat tingkat 3, kalau tak mungkin selesa sikit nak tido. hehehe.


lambang megah di udara


Naik minivan je lah, budget kannn..

Okay, naik minibus dalam 40 minit, sampai kat Patong dalam jam 8 pagi. Minibus kaunter ada depan Airport tu je. Taxi pun ada dengan harga 800 bath. Sampai di Patong, minibus berhenti dekat lorong area Guest house yang ditempah melalui booking.com. Jalan sikit, hantar luggage kat Guesthouse. Sebab tak boleh nak check in, jalan-jalan dulu cari breakfast sambil explore tempat. Memang susah nak cari halal food, bila selak-selak menu ade je Pork Fried lah, Nasi Goreng Pork lah. End up with makan roti bakar, fresh milk and corn flake.
Mata semakin mengantuk, disebabkan tak tahu nak buat apa pagi-pagi, saya dan GG berjalan dalam 10 minit ke Patong Beach. Air yang membiru bersama pemandangan orang slim berjogging di pantai menyambut ketibaan kami.


Patong Beach. Pernah dilanda Tsunami pada 2004.
Mengantuk dan mengantuk. Pakai Sunglass, sewa kerusi tepi pantai. Minta Adam (tukang jaga kerusi) letak payung sebab tak nak berjemur. Adam dok potpet potpet promote parasailing la, boat la, tak layan sangat sebab penat...mih mih mih.  Angin best tepi pantai dan kami ZzzzZzzzz di tepi Patong Beach.

senyum lebar sangat, tempek bibir palsu lah.
Di KL, Hyza, seorang lagi kawan kitorg tengah tunggu flight Air Asia, dia akan turun di Hatyai dan naik bas untuk ke Phuket. Gigih kan, nak ikut jugak g Phuket last minit. Nak jimat punya pasal, naik bas dari Hatyai.
Bangun tido, pekena ayam goreng dan air kelapa tepi pantai. Terbaik! Isi Kelapa kat sini lembut gilos tak macam kat Malaysia. Sedap dan fresh, tak letak ais. Puas minum. Harga makanan mahal sikit, mungkin sebab kawasan pelancongan ;)
Dalam jam 3 petang waktu Thailand, weols pergi cari pakej untuk ke James Bond Island untuk hari ke 2, dan Phi Phi Island untuk hari ke 3. JANGAN BELI dekat airport sebab harga lebih mahal. Kena pandai survey okay!
Dan petang sikit, makan dekat Halal Restaurant Arab. Mahal sikit sebab tak jumpa lagi area makanan halal yang dekat masjid Patong ;)


Jagung Bakar tepi Pantai Patong
Aktiviti malam akan diceritakan pada hari ke 2 atau 3 sebab tiap-tiap malam dok berjalan pergi Bangla Road.
Perbelanjaan hari pertama, saya kira untuk 2 orang. Pandai-pandai bahagi sendiri k untuk rujukan ;)
Flight MAS 2 orang : RM 438
Bilik : RM310 akan di bahagi 3, 
**sila ingat ini cuti budget jadi harga tu untuk 5 hari 4 malam, room without breakfast, tapi ada peti ais, TV, toilet yang tak perlu share dengan bilik lain dan aircond

Minibus : RM36 (180 bath)
Breakfast : RM15 (150 bath)
Sewa kerusi : RM10 (100 bath)
Air Kelapa : RM6 (60 bath)
Ayam Goreng 2 ketul: RM10 (100 bath)
Dinner Halal Restoran area Bangla Road : RM48 (480 bath)
Frozen Yogurt Bangla Road : RM10 (100 bath)
Jagung : RM6 (60 bath)
Yong Tau Fu : RM20 (200 bath)
p/s : memang banyak betul makan hari pertama ni ^^.
Total untuk 2 orang : RM161 (belum termasuk flight)
Balance duit bath : 10,390
matawang bath ni senang je, 1 titik perpuluhan dengan duit Malaysia ;)
Bersambung....
gambar pun banyak belum transfer.



2 comments:

Leave Cop Jari (,^^)