aku dan KPTM ;)

Gitu...tajuk entry macam aku yang beria kan kan kan.

Lega, hectic week dah tamat. Semua kerja/hal datang serentak dalam satu minggu. Okayh, actually KPTM tu adalah kisah dari adek aku. Tunggu punya tunggu, my sis nina tak dapat UPU atau POLI. Jadi berbekalkan kesungguhan kakaknye, aku pon beria-ria usha-usha tempat mana lagi yang sesuai dari segi course dan kos untuk adik ini belajar

Kolej-kolej biasanya mahal. Dari pengalaman kakaknye, Im trying my best nak cari tempat yang rasional untuk adek ni teruskan perjalanan. Apply Kolej Komuniti, ADTEC, yang kebanyakannya subjek kemahiran tapi tertanya-tanya bole ke adik ku yang lembik opppsss, yang lemah gemalai ni amik subjek kemahiran? Usha punya usha, last-last jumpa website ini UPIM dimana terdapat maklumat, syarat kelayakan, cawangan serta kos subjek-subjek serta kursus-kursus di pelbagai peringkat. Sementelah permohonan masih dibuka, terus gatal tangan apply kan KPTM untuk adek nina. Mula-mula mohon kursus Business Management (Yuran Pengajian RM18000). Lepas tanya pendapat kawan, dia kata better ambik subjek yang under UiTM sebab nanti konvo dekat UiTM dan dapat 2 sijil (dari UiTM dan KPTM). Okay, waktu apply tu hari Jumaat, selesai edit mengedit untuk tukar pilihan tiba-tiba hari Isnin terus dapat jawapan bahawa permohonan yang di isi kali pertama (yang bukan under UiTM dah berjaya. ALAMAK!

Terus call talian KPTM yang untuk tukar course. Mak aiii, susahnya nak bercakap dengan orangnye, talian busy memanjang. Okay, dapat cakap dengan orang pertama. Dia kata semua permohonan untuk course under UiTM dah tamat.KECEWA. Sob sob.

Tapi tetap tak puas hati, ahahahah =D call lagi, putus. Call lagi last-last ade orang yang baik hati pass dekat pegawai  yang boleh arrange untuk tukar course. Dan....Jeng jeng jeng


Isnin : Dapat result KPTM..pergi Port Dickson
Selasa : Balik dari Port Dickson, print segala dokumen
Rabu :Medical check up kat Klinik Azwa, Seksyen 7 yang teramat bagus servicenya. Recommended =),  Sahkan dokumen, beli wang pos, fotostat apa yang patut, amek gambar passport.
Khamis : Nina sampai di Alor Setar dan mendaftar.

Dia dah kat sana dan Ahad start kelas. yeay. 

yuran untuk subjek under UiTM, tak termasuk hostel ya!!


I just know that my sis tak letak no IC ayah time mohon UPU and POLI..alahaii -.-
But I believe belajar kat mana pon sama yang penting sungguh-sungguh. Selain KPTM dapat juga Program under Uitm di Institut Professional Baitulmal, KL. But my sis insist nak pergi Kedah. Ada boypren kot kat sana. mih mih mih. After google-google ramai yang bagi feedback positif about KPTM =) 

So, ALL THE BEST to my sis yang mendaftar di KPTMAS, Kolej Poli Tech Mara Alor Setar and cuti-cuti nanti sila balik Shah Alam untuk abeskan test Lesen Kereta JPJ. hehe~

keep climb, keep moving.

Love : Sister Xana Hanami



12 comments:

  1. Replies
    1. hahaha! ko ni kann.. =P - XANA

      Delete
  2. Nak call pihak pengurusan berapa eh no nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye tasha, pengurusan MARA or KPTM? Sis google je ritu ikut cawangan

      Delete
  3. saya pilih course di kptm yang bukan under uitm, nak buat loan mara macam mana ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya loan MARA tu leh apply as long as awak kat kptm. just rajin2 masuk website MARA they will update tarikh permohonan nya =)

      Delete
  4. Macam mana ah nak tukar cawangan? 😞

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba awak check cawangan mana lagi yang ada course yg awak study then try to call them =)

      Delete
  5. untung nina ada kakak macam zana....

    ReplyDelete
  6. hmm , klo nk isi kptm tp nk bg dpt yg kta n jga buat mcm mna eh ?

    ReplyDelete
  7. kalau nak tukar cawangan,perlu buat surat untuk kolej dan pihak tajaan mara ke?

    ReplyDelete

Leave Cop Jari (,^^)