Lama tak cerita tentang cinta

Lama tak update tentang cinta. Bagi aku cinta itu

Bila dia buat salah berkali-kali,
bukan sekali, berkali-kali
Aku tetap maafkan
tu lah cinta bagi aku
(ada orang kata ni bukan cinta, tapi bodoh)
aku tak peduli

Bagi aku lagi, cinta tu bila aku tak peduli,
tak peduli dia tu apa dan bagaimana
tak peduli kedudukan atau rupa
tak peduli walau satu ciri-ciri yang aku senaraikan dalam sebuah buku
tapi satu pun tiada pada dia
dan aku tetap sayang tanpa peduli
itulah cinta
(Orang kata ni bukan cinta tapi buta)

Kadang-kadang cinta tu bila dia jauh mana pun
aku tetap ingat dia
dia,dia,dia
walau aku keluar jalan-jalan dengan orang lain
(kantoi)
aku tetap ingat dia
Walau dia jalan-jalan dengan orang lain dan aku nampak
(eh?)
aku tetap ingat dia
hai lah cinta

Tapi bagi aku cinta tu bahaya
dengan kebutaan dan kedunguan terserlah
yang melampaui rasional
hati diturut melawan akal 
(tambah bahaya jika yang di cinta berpura menyinta)

aku harap jangan lah aku aku jatuh cinta lagi

selain dengan bakal setia menyinta seperti aku mencintainya
selain dengan yang aku cinta dan dia juga sama




1 comment:

  1. cinta...

    apabila semua kebodohan itu tidak diulang-ulang.

    dan kita masih meneruskan perjalanan bersama dia.

    ReplyDelete

Leave Cop Jari (,^^)