Kereta pertamaku




After tunggu punya tunggu, tadaaa

Sebelah tu my old car .^^


Nak story sikit proses dapat my first baby. Mula-mula cadang nak beli rumah tapi dekat Shah Alam rumah murah-murah mostly kat kawasan yang tak selamat dan kebanyakannya flat. Fikir-fikir semula, kerja pun tak tahu kat mana lagi..I mean, career tetap tak tahu rezeki kat mana. Kalau kerja sekarang memang dekat Shah Alam. Miahahaha. Target nak keje kat Melaka satu hari nanti sebab kat sana makanan sedap, murah. Boleh ke sebab makanan? teheee.

Okay, mula-mula usha kat mudah.my, carsifu harga-harga kereta, try jugak la kira-kira bayaran bulanan berserta interest bank. Kelayakan loan untuk bayaran bulanan biasanya adalah 3 kali ganda dari bayaran bulanan tu. Meaning, if sebulan kene bayar RM600, gaji basic mestilah lebih dari RM1800. 

Then, tengok pulak perbezaan harga used car dengan new car. Tak dinafikan used car yang 3 tahun terkini like Toyota, Honda dan lain-lain yang brand import memang mahal dari kereta buatan Malaysia yang baru. Ada gak berkenan kat used car tapi macam-macam halangan. Ada yang tengah offshore (macam menipu pun ada) ada yang jauh dari Shah Alam. Last-last my bestie cadangkan beli si putih ni yang baru.

Usha-usha no plat, time nak fikir tu tengah WXV untuk KL, Selangor BLY kot. tak ingat. Target nak plat WXW =) So, whatsapp la dengan beberapa dealer. Tanya-tanya free gift, diskaun. Time ni kene survey abis-abis untuk elakkan sebarang masalah kelak. hehe.

Finally, lepas buat keputusan saya pun submit la dokumen dekat sales agent. Ada beberapa bank yang lulus such as CIMB, Public Bank dan ada nak guarantor. Malas nak kacau parent so saya pun terima Ambank.

Lepas loan dah lulus, lepas 7 hari bekerja (hari ke 8, jumaat lepas) saya pun dapat la kete ini. Target WXW tak dapat yer sebab laju sangat plat K.L. So dapat WXX. Layan je la sebab minat gak huruf X.

Mula-mula takut sangat-sangat beli kereta ni sebab bila google-google ada yang negatif, ada yang positif. Tawakal je lah dengan penuh debaran.Siap mimpi-mimpi pasal kete. haha

Alhamdullillah, setakat ni okay je. Takde bunyi-bunyi atau sebarang mati-mati tengah jalan macam yang selalu baca. In fact, Proton Persona Elegence for me interiornye besar, cuma seat belakang macam rendah sikit tapi okay la dengan my budget ,^^ Tak bagi tahu mak lagi ni, minggu ni baru nak balik Johor mintak restu. Muahahaha.

Free gift yang saya dapat

Reverse camera
Free Tinted
Smart tag
Touch n Go
Window Plat
Payung
Steering Lock
Full tank
Plat 3D



Harap-harap kereta pertamaku ini tak buat hal yang besar-besar. Overall, for me kereta ni okay, smooth, aircond sejuk, layan corner, bonet luas, sport rim, signal kat cermin sisi dan bolehla drive jauh sikit after this. hee. luv you my wink wink (sedih xdapat WXW). Good nyte!




4 comments:

Leave Cop Jari (,^^)