adik suka main game di telefon kakak


Gambar kat bawah ni Erica, dia suka ambik tepon mami dia, kacau tepon kakak dia atau mintak Ipad kat ayah dia. Kadang-kadang bila dia asik tenyeh Note 1 saya, saya off kan dan cakap 

"henpon kakak nak tido la Erica, esok pulak eaaaa"

Budak budak sekarang, dah pandai, advance sangat mintak kat ayah Ipad. Zaman dulu budak budak biasa main bela pet yang dekat dlm game bentuk bujur macam telur tu je. Paling tinggi pun ayah belikan video game yang main kat TV tu. Then bila adik suka mintak dekat ayah, ayah pula suruh saya belikan sambil sambil tu dok mintak tepon saya iaitu Note 1 untuk dia guna dengan alasan nak belajar online.

Okay fine, sebab adik nakal, saya pun kesian lah =D So semalam jalan jalan kat Plaza Alam Central cari apa yang sesuai untuk bagi adik and ayah dengan budget yang sedia ada. Kebetulan besday ayah pun dah dekat, kira bagi je lah advance besday present. Memang tak tahu sangat apa yang boleh gantikan Note 1 untuk bagi kat ayah, tapi bila fikir-fikir balik better cari yang basic, yang ayah boleh online, sms, call, whatsap dan ambik gambar dan yang penting sesuai dengan budget anaknya yang tak seberapa, finally

Ace Tab untuk Erica
Galaxy Ace Duos untuk ayah

erica with her new android
Ace Duos for dad

Okay lah, dua dua boleh online, screen cantik. Nak beli murah-murah sangat tak sampai hati, lagi pun bukan selalu beli hadiah untuk ayah and adik. Yang kelakarnya call ayah harini dia tak angkat sebab rupanya dia tak reti nak angkat telefon tu (biasalah Samsung kan kena swipe sikit if nak pick up call).

So next, tak adil jugak kan mak mesti kene belikan something jugak, tapi lambat sikit rasanya =)

I only wish hopefully dad and Erica love my gift to them.Time dah keje ni lah masa nak happy kan family. Thank Allah to give me rezeki on a right time. 

Good night all.


2 comments:

  1. ace tab tu berape harga kak?

    macam sesuai je utk budak2?

    ReplyDelete
  2. hee. da reply kat shout box awak

    ReplyDelete

Leave Cop Jari (,^^)