Galaxy beam dia

Okay, dah lama tak update. Hari ni nak cerita tentang pengalaman pergi beli galaxy beam. Dengan selekeh selekeh pergi ke Jusco Bukit Raja (Jusco jerrrr). Tak plan pun pergi sana. Kira dengan selipar, baju tshirt lengan panjang macam pegi sukan sekolah gituh konpiden pergi naik kedai jual henpon nak usha harga.

Sebelum ni dah ada note yang 1st version, saja-saja nak usha note 2 tapi rupanya note 2 tak kuar lagik. Tiba- tiba rasa nak beli beam. Apalagi terus tanya je.

"hai, yang ni apa beza dengan note?"

"Mostly sama je cuma beam ada projektor"

" oh yang ni?" ( sambil menunjuk ke henpon samsung kecik2 tak tau nama)

"yang ni, bla bla bla. akak berminat ke?" (sambil terang kan harga)

"Berminat la nak beam =)" sambil tersenyum

"saya rasa maybe akak boleh beli tab atau S3, murah sikit"  
(taktau la murah ke tak sebab rasa lebih kurang je)

Amboi amboi, sah-sah tak belajar marketing ni, dalam marketing, kita kena promote dari mahal ke murah untuk naikkan sales revenue dalam masa yang sama tak buat customer tu rasa macam dia tak mampu beli. hik3.

please dont judge a book by it cover even though you feel lazy and too busy to read the content. =D

"kalau saya masuk kan my broadband sim boleh connect internet?"

"oh tak boleh kak, sebab ni telepon untuk tepon je lah"

"ye ke, note saya bole jekkk"

"eh, no la, if u masukkan sim broadband boleh maaa" 
 (sampuk sales man cina yang agak ensem)

Salesman tadi diam. rasa dia budak baru yang sedar belajar confident sebab previously dia takde pon kat kedai tu.

So pulang dari Jusco dengan membawa Galaxy beam. 

"Contrast is good and colors are OK for an LCD, while the viewing angles are surprisingly good"
(source: google)

 
beli warna ni warna putih takde kat kedai tu









galaxy beam dia

pancaran youtube dekat dinding


so, waktu beli RM 1499, free bateri dengan stand untuk charge batery.

p/s : tak boleh nak ikut sangat teknologi ni, kalo tak tiap2 bulan duit abes kat android je. hehe

1 comment:

Leave Cop Jari (,^^)