Ikan Bakar, Melaka

Last week pergi berjalan jalan ke Negeri Sembilan ( Bahau), lepas tu pergi Melaka, as usual backpackers style. hehe ^^ Niat hati mula mula nak pergi Port Dickson atau Genting, tapi dibatalkan sebab room takde. Biasa la, orang cuti kemerdekaan. 

Dekat Bahau tu mostly duduk rumah saja, because pergi melawat kawan iaitu Hyza. Esoknya baru kitorang pergi mandi manda dekat Air Terjun Tengkek. Tak pernah tau pulak ada air terjun nama Tengkek, ingatkan wujud Tangkak je. 

Jeram Tengkek
Tengah syok mandi kat bawah air terjun ibarat ade orang urutkan belakang tibe tibe datang group lain nyebok...kitorang pon slow slow g tempat lain then naik. Okay jugak tempatnye, cuma memang takde jual apa apa. Kene la bawak makanan sendiri kalau uols nak pergi.

Next pergi Melaka, sebelum tu memang dah berkali kali pergi Melaka, tak tau kenapa suka pergi Melaka mungkin sebab dekat Johor dan Negeri Sembilan taktau apa tempat yang menarik, so suka Melaka =D

Sampai room malam, selepas pergi mamam dekat ALAI ikan bakar, kitorang pilih Deli Muara  =)

Makanan
Makanan lagi
 So hari tu, kami berempat. Kitorang makan, Siakap ikan bakar, udang tu masak rempah, sepahat (siput yang dalam buluh tu) masak chinese style, ketam black pepper, kailan ikan masin, nasik lemak 3, nasik putih 2. Air tembikai, teh o ice, and air suam. Kalau kat umah sendiri lagi suka makan ikan bakar dengan air asam, tapi abang tu kata dorang memang wat kicap, layan je la =D

Murah je, bagi kitorg murah la sebab bukan senang nak cari fresh dan murah, semuanya RM86. Jangan lupa cuba otak otak sebab mak si Hyza suka sangat, katanya kat Bahau tak jumpa sedap mcm tu, bukan senang orang tua tua nak puji makanan sedap kan. hehe. Siapa nak pergi boleh booking dulu, ni no owner, 0172556650, En Azrin ;)

Sampai guest house pukul 9 pm mcm tu, room pon okay, ada komputer kat dalam, cuma sebab ada jonker walk susa sikit nak cari tempat nye, semua jalan nak sehala, pening. Okay ni tempat kitorang tido malam tu. 

bilik triple, tido 4 orang

Galileo guest house, Jalan Kasturi, Melaka



Malam tu pergi naik river cruise Melaka, dan lepas tu pergi teman kawan makan dekat area tu jugak, Asam Pedas Kota Laksamana, asam pedas tu bukak malam malam. Rasa dia, marvelous. Nanti nak pergi makan lagi =) Esoknya ada jalan jalan lagi, post next time lah, penat taip. haha.



No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)