update saja saja

Hari hari kerja, tapi tiada kerja. hehe. Kerja ada tapi kadang kadang je, anyway, happy with my new job. Dah takde shif lagi, dah tak kerja sabtu ahad lagi, so happy!

comel pulak hetty rambut pendek


dia pengarah dia jugak jadik hero
  
Latest tengok movie bohsia 2, saya bagi 4.8/ 5 bintang. Sebab jalan cerita agak okay, dan ada unsur unsur keinsafan. So, okay lah. Tak menyesal tengok. Pelakon pelakon pun okay, tak bosan. So kepada uols yang belum tengok, boleh la tengok sebab bohsia 2 rasa nya better dari bohsia satu. Lepas ni tak taw nak tengok cerita apa, maybe Prometheus atau snow white, tapi orang kata snow white tak best, ada yang kata best.

1 may aritu pindah rumah baru, tetap menyewa, tak mampu nak beli rumah lagi. haha! Tapi rumah baru rasa lebih selesa, lebih selamat sebab dekat rumah lama dulu macam banyak orang asing dan lif pun asyik rosak. Sekarang rasa okay sebab nak masuk kawasan apartment pun kena ada access kad. Kawasan rumah dirahsiakan. Cuma boleh pos gambar kolam renang sebab petang petang akan berenang kat sini, masih lagi tak reti berenang. haha. Hope one day dapat beli rumah yang ada bath tab sendiri dalam bilik. * berangan *

curik dari encik mudah  

  Okay okay, nak sambung buat kerja sambil berchatting di Fesbuk, 30 Jun ada benda penting. Harap semua berjalan lancar. Amin.


 

No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)