pilihlah untuk gembira [,"]


Ramai orang, buat sesuatu dengan ada sebab sebab tertentu walaupun dia rasa terdera dengan apa yang dia buat. Sebagai contoh, ada yang stay dengan perkahwinan supaya husband boleh tanggung, ada yang stay dengan bf sebab hubungan dah lama ( walaupun dimadukan dengan awek lain) ada yang kerja tapi tak gembira dan tak ikhlas. Dan takut untuk berubah sebab sibuk mencari yang lebih baik atau tak yakin yang rezeki tu ada di mana mana, atau tak yakin ada jodoh yang lebih baik di masa akan datang ;)

But well actually, kita ada pilihan untuk gembira, untuk ikhlas, untuk yakin yang kita boleh berubah atau hidup dengan bergantung pada Allah dan diri sendiri. Usaha sangat perlu sebab dengan mengeluh dekat kawan kawan, atau mengeluh dekat status FB hanyalah membuat orang bosan tengok status ko yang hari hari bermasalah.. haha =D

Bercakap tentang FB, dah semakin menyampah tengok orang orang berumur kebanyakannya yang suka post pasal sedih dalam hidup berumah tangga, tak kurang juga yang post broken esok nya bunga bunga cinta semula. Ataupun budak budak sekolah yang suka print screen whatsapp atau sms dengan boyfie pastu post conversation tu kat FB...Hadoilaa..

Usaha usaha usahalah carik kerja baru, carik pasangan baru, carik apa apa yang boleh buat tak mengeluh dengan hidup dan menyalahkan takdir. hehe . 

Kata kata akhir, hiduplah dengan bahagia sebab Allah bagi kita akal untuk berfikir dan banyak jalan yang kita leh pilih. Hidup ini memang ditentukan tapi kebanyakannya kita yang decide jalan mana yang kita ambik..

Sekian bebel bebel untuk hari ini ;)


No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)