biar

sengaja aku mewakilkan segenap rasa disini
pada ruang bisu kaku tanpa kata
kerna menzahirkan pada yang tidak memandang
menambah luka


Biarkan aku lena dalam jagaku
Kau bukan siapa siapa
yang mencuba mengejutku
padahal kau bagai lupa
jalanku begini
bagaimana permulaannya


Jangan pernah mencuba memahami
Kerna kau takkan mengerti
Sesekali pun takkan pernah
Malah tak pernah akan
Sudahku katakan, biar. biar. biar


PadaNya yang harus ku adukan,
bukan pada hati insan insan
yang entah didalamnya
putih atau hitam
mengeji atau bersimpati


Masa,
akan menterbalikkan
segala rasa kita
waktu itu, mungkin kau baru tahu

p/s : hujan lebat di Shah Alam. luv it ;)

2 comments:

  1. masa akan menterbalikkan kita. yup. itu dipanggil roda hidup

    ReplyDelete
  2. Rapunzel : yupz...sokong...karma =)

    ReplyDelete

Leave Cop Jari (,^^)