yang putih tetap smart

Haha, kembali mengupdate belog buat stalker ”tercinta”. Tiada perkembangan terbaru, Cuma semakin kembang dengan berat badan bertambah. Terpaksa meminum slimming tea untuk memaintainkan serta mendapat kembali sesuatu yg tak dihargai suatu masa dulu iaitu kekurusan=D Berkata tentang putih, tak semua benda smart berwarna putih. Tapi tahun ini Berjaya merealisasikan dua wishlist menggunakan usaha sendiri yang tidak ada pon dalam azam baru. Memang takde azam pon selama ni. 

Teng teneng… 

kawan karib yang dibawa kesana kesini
Puas sangat sangat guna Samsung note, bukan apa, senang nak selit celah2 file and main waktu bekerja. Setakat ni dah guna note untuk main game, online fesbuk 24 jam, whats up dengan kawan kawan secara percuma dan jimatkan kos sms, tempah tiket wayang sambil berbaring baru bangun tido, dan tempah hotel waktu kat kedai mamak untuk ke Langkawi minggu depan, tengok waktu solat, dan banyak lagi aplikasi. Ada kawan suruh guna iphone4, tapi tak minat sangat coz kecik.

 Yeay snow white pun dah baru since Disember. Nanti boleh upgrade lagi yang dalam dalam. =)

snow white selalu jadi kelabu sebab habuk
Syukur Alhamdullillah sebab dapat kerja sebelum result final keluar lagi dan masih bertahan sampai sekarang. Next plan, jalan jalan dengan bonda. Tapi adek nina takde, tak boleh balik dari hostel minggu depan. Okey dah malam, nak tido lah. Rindu kat adek2 yang kian bertambah dari tahun ke tahun. Imran, nina, ericca, Rabecca. =) 

Tiada duka yang abadi. Dan aku semakin mengerti hikmahNya

No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)