: seakan asing :

seakan asing
seakan tidak mengenali
rasa yang berbeza
tertusuk segenap rasa

kau bercerita berjela bagai tiada rasa
bukan aku tidak mendengar
malah menyimpan langsung ke sudut hati
fitrah naluri, jarang benar mahu mengakui
moga moga kau selalu bahagia

kata kata membeku minda
" andai kau sememangnya selalu menuruti perasaanmu,
lantas mengapa kau tak pernah bahagia?"
hidayah apa yang datang menyapa
seakan kosong. titik tanpa kata.

ya, aku memiliki cintamu, jasadmu, hatimu.
Aku memiliki segala bahagia yang kita rasa
tapi aku bukan memiliki jalan hidupmu
dan takdir kita






p/s : life sometime cruel. Only the one who really strong and struggle will survive


No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)