Cinta, kena cari ke?

dan bila hati kita sama sama menari dalam rentak yang sama, dengan rasa yang sama, dengan impian yang sama walau jalan yang berbeza, mungkin itulah cinta 



Hari ni ex call, then panggilan terputus. tett..

"Nak tunggu you call, berzaman, orang tak ingat kita" - ex

" kedit I wat gayut dengan pompuan  je =P "

" You, cinta kena cari ke datang sendiri?"- ex

"sendiri"

Penat nak jawab, dulu dulu pon selalu tanya gak, da bagi jawapan yang sama kan? Cinta, datang sendiri. Tak perlu cari cari. Yang cari tu, sekejap je nanti pergi. Ada jugak cinta yang datang datang tapi tak semestinya kita nak cinta tu. Jangan nangis sangat sebab girl sebab tak semua girl akan hargai air mata you.

Cinta, memang datang sendiri, tapi hati je yang akan tahu mana satu cinta yang dia mahu. Mungkin banyak cinta yang akan datang dan pergi, tapi yang datang dan tak pergi pergi tu lah yang hati akan carik. Okay cakap panjang panjang pun tak guna bukan you baca blog I pon. Kalau kalau you baca harap harap you dapat la jawapan I yang tak pernah berubah.

Sapa yang nak termuntah hijau ambik la tong sampah sekarang dengan kata kata jiwang yang penuh dalam belog ni. 

Tak semua orang akan hargai kata kata cinta kecuali kata kata tu datang betul betul dari orang yang dia nak. Kalau dia tak nak, cakap la seguni dalam tempoh sesaat pun, takkan ada respond. Tapi satu je, orang yang ikhlas sayang seseorang akan cuba mempertahankan hubungan tu atau rasa tu tak kesah la apa pun rintangan sampailah Allah yang betul betul pisahkan mereka. Jadi, nilailah.

Okay, penat syok sendiri, mata pun ngantuk. Good night.  








1 comment:

Leave Cop Jari (,^^)