: Gaji, berapa yang cukup? :

duit memang tak dapat membeli cinta, tapi tanpa duit, tak mungkin awak nak jalan kaki jumpa saya kan? Tanpa duit, awak tak dapat nak sekolahkan anak anak pon=P [kenapa aku bertanya macam aku da kawin? ahakz]

" what is your expected salary?"






Soalan tu lah yang tak majikan akan tanya tanya time interview. Soalan menjerat katanya. Sebagai fresh graduate yang baru merangkak  berbekalkan pengalaman yang tak cukup hebat, kalau saya, saya akan jawab dengan rendah diri gitu.

Tapi sekarang, saya dah pun bekerja. 

Sebenarnya, gaji banyak mana pun, diri sendiri yang kena pandai handle.. Ada orang gaji RM1200 boleh survive, ada orang rm1800 pun okay. Tapi secara normal dari survey saya, untuk fresh degree grad tanpa pengalaman , basic yang akan ditawarkan lebih kurang rm1800.

Dulu sebelum kerja rasa cukup, bila dah kerja, walau ditawarkan lebih, baru tahu keinginan tu banyak. Nasib baik segalanya masih dalam kawalan. Okay, bila dah kerja kena ambil sikit sikit pembayaran yang selama ini ditanggung oleh mak atau ayah..Malu lah kan if dah kerja tapi masih minta duit orang tua. Even tengah belajar dulu pon aku akan buat part time support support sikit keinginan nak shopping ;)

Biar aku buat budget bulanan sikit per month

Makan : rm300 [ basic tanpa mcdonald atau secret recipe]
Top up : RM 100 [ kalau jimat lah ]
Minyak kete : RM 100 [ untuk keje je, tanpa jalan jalan]
Sewa plus biL : RM 250
Berokband : RM50 [ ambik mak punye pakej kerajaan]
Loan ASB : rahsia
Bagi mak ayah :  rahsia

Belom masok untuk shopping,  shampoo, ubat gigi, makanan makanan tambahan macam coklat, kokocrunch, saloon, atau repair apa apa yang rosak. 

Okay tu budget basic tanpa shopping. Tak tau kesimpulan. Tapi sebenarnya in real life, fresh grad bukan demand sangat. Kami hanya nak income yang cukup untuk survive dan ada saving sikit. 

Dulu ada company offer aku basic rm1200 [sahaja =p] dan kalau aku tolak dengan budget diatas rasanya abis la gaji tu... (,^^) Okay, tolak tawaran..haha

Anda pula, berapa yang cukup? okay, jawab dalam hati


p/s : kagum dengan mak, seorang ibu tunggal yang boleh besarkan aku sampai debab





1 comment:

Leave Cop Jari (,^^)