telah dia katakan padaku

semalam telah dia katakan padaku
tentang aku yang jarang prihatin
semalam telah aku tersedar
mungkin aku terlalu batu


maaf,
aku masih dalam keadaan amat berdarah
dan sedikit pun aku tidak mengizinkan sesiapa
membasuh luka itu, atau merawatinya
Biarkan aku bertapak
semakin sukar, aku semakin benci
semakin benci, 
aku semakin berpijak pada realiti


Aku sengaja kelihatan batu
aku sengaja menjadi kayu
seperti yang mereka lihat
seakan tanpa rasa


Siapa tahu akan sesuatu
yang tak mungkin dimengerti
biar batu ini di sini
Ia tetap mahu sendiri 


Tak perlu dibawa berlari
Ia akan bangun sendiri
tanpa ada tangan
yang perlu membantu


kerna batu itu gusar andai ia kembali menjadi lumpur lembik =)


cerita aku, kayu, batu

No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)