: Gadis itu :

Tentang gadis gadis yang aku lihat dari sudut hati




Gadis itu datang lagi, berbicara bahasa kesunyian denganku
Katanya malam nya sepi, tanpa ditemani
bait bait resah terhambur dek gelisah
Kala itu, mataku terbuka kembali setelah lena
Sahabat, andai kau resah dan gelisah, 
untuk siapa?


Gadis itu, aku melihat dia menangis sepi
Menanti seseorang yang entah kunjung atau tidak
Airmata terlalu murah bagai tiada harga
Hatiku turut menangis
kerana aku tidak mampu mengubati hati itu
Sahabat, yang berdiri di hadapanmu ini
menyayangimu
Dan aku tidak ingin kau begini


Gadis itu bersembunyi di balik luka
Aku tahu, walau dia mencuba
menipu mata
Sahabat, kau tetap gadis dimataku
Biarkan mereka meragui
tentang aku dan engkau, 
aku pasti
Hanya yang buta hati akan menilai manusia
Tanpa memahami


Gadis itu, pakaian nya seperti bertelanjang
terkinja kinja, seakan akan tanpa perasaan
Enak bermabukan, dengan rokok ditangan
Siapa tahu, gelita hatinya kerana cinta
Siapa sangka, lunak suara dijual
untuk sesuap nasi si cinta...
Tetapi mengapa hari ini
kau menangisi pengorbananmu yang sia sia?
Tidak berbaloikah?


Malam ini aku berbicara bukan atas kesunyian ku
tetapi atas kemanusiaanku melihat kalian,
Pada siapa sebenarnya kesetiaan itu mahu kau tunjukkan


Friends, 
If that love always bring you down,
and never inspired you to be someone
Do not regret to move on..
There wiLL someone there for you
To always be beside you
through the rain and storm


Dari mata hati






No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)