: dikutipku bila sudi, :

Heya, today I wanna share about songs... Jarang jarang aku nak suka lagu melayu...Sebab?? oh sebab aku pencinta kata, aku sukakan lirik lirik yang tersirat tanpa jarang orang paham dengan sekali dengar... ;)

Pastu, aku ingat lagik muzik muzik, kecah orang menentang kemenangan Anna Rafali, termasuk aku...tapi, after one month, aku dengar dengar dan tiba tiba aku rasa dia memang layak menang... Sebab lirik tolong ingatkan aku tu memang abstrak..

Tiba tiba, telinga aku termabuk dengan lagu melayu, yang didendang bersama puisi...siapa? mungkin ada yang tahu, ada yang tak tahu, tapi aku memang sangat tabik dengan lagu dia walaupun mungkin meleret, tapi lirik sangat mantap....That singer is http://www.fynnjamal.blogspot.com/  or tak lain tak bukan, Fynn JamaL.

Fynn Jamal, SILA like dia kat FB =)
verse 1
habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

verse 2
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

chorus
terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

verse 3
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.

bridgepernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah.


sape sape yang agak agak terasa dengan lirik diatas mungkin sama taste dengan aku dan aku sarankan korang dengar lagu Fynn yang lain =) Leh cuba dengar nanti dulu atau lelaki.. =)

p/s : terbaring kaku, terkujur layu, terbakar sepi, longlai terkulai, suatu yang pernah itu jarang pernah akan peduli lagi =)





2 comments:

Leave Cop Jari (,^^)