: biaRkan akU jatuh Cinta :

Mata ini indah melihatmu,
Rasa ini, rasakan cintamu

Saat kau disitu, pandangan ku kaku..meski hati mula merasakan kau disisi…Aku sengaja kaku..
Sedarkan aku bukan kamu yang harus ku cinta,…tetapi jawabnya tetap kamu

Jiwa ini getarkan cintamu
Jantung ini getaran jantungmu

Seakan-akan seluruh duniaku tersenyum biar kau hanya tiba sesaat…
Dan pabila kau berlalu, jiwaku tidak merestu ketiadaanmu

Terasa ini telus padamu
Takkan aku biarkan sampai aku mati

Ingin aku khabarkan pada dunia…Namun kau duniaku..
Dan pada siapa harus ku khabarkan, jika bukan kepada kamu

Biarkan aku jatuh cinta
Biarkan aku teruskan mencuba
Tak peduli kau berkata mahu atau tidak

Mahukah kau menerima jawapanku kepada perkataanmu?
Walau kau meminta aku untuk terus kaku..
Aku ingin sekali kau mendengar,
Irama hati kita beradu dalam irama yang
Hanya kau dan aku mampu dengari

p/s : i loVe yoU too

No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)