: kawan :

"Kita Tidak dapat mengubah masa silam"
 Kita juga tidak tahu apa yang bakal terjadi
 Jadi usaH terlalu menyesali masa silam
   dan terlalu cemas akan masa depan,
hanya lakukan yang terbaik, untuk hari ini=)"

Kadang-kadang kita terlupa, setiap yang terjadi ada hikmahnya..
Ada yang terlalu alpa sehingga merasakan tidak akan ada peluang lagi di masa hadapan...Benar, kita tidak dapat melawan takdir, tetapi usaha masih diperlukan dan seterusnya, REDHA..

Setiap orang melakukan kesilapan dan orang yang lain bukan hakim dalam menghukum..=) Saya percaya diluar sana terlalu ramai yang gemar menghukum dan menilai seseorang berdasarkan kisah silam. Tiada yang sempurna, selagi kita sendiri tahu di mana letak diri kita sebagai manusia, belum terlambat untuk semua manusia untuk merubah diri sendiri.

Seorang kawan pernah bertanya, adakah saya menerima dia sekiranya dia pernah minum arak, pernah jadi lesbian, pernah jadi gay, pernah membunuh atau sebagainya, jawapan saya tetap akan menerima. Kerana bagi saya setiap orang berhak menerima peluang kedua ataw ketiga atau kesepuluh...=D

Ye, awak tetap kawan saya...Sampai bila-bila tapi selagi awak kawan saya, saya takkan biarkan awak sesat selamanya....Kan saya kawan awak?


No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)