: nukilan :

sedAng meNgemas buku-buku yang selayaknya saya rasa kami sekeluarga ada lagi sebuah rumah untuk dijadikan perpustakaan awam..haha...takpe la, biar je adek yang baru balik dari indon tu kemaskan dulu...hahha..Just tetibe lahir satu iLham =)

Satu simpulan kemas...
teLah terurai..
Biar ia mengambil segenap rasa..
Biar sampai kafan pun, biar rasa ini terkubur tanpa pusara

Aku pergi disaat kau masih lagi bertanya
Kerana jawapan jarang menjanjikan perubahan
Kesempurnaan apa lagi yang kau pinta
Kejujuran bagaimana lagi yang kau hitung
Kesetiaan sepertimana lagi harus ku beri?

Sang dewa cinta, berhentilah berteriak
segala rahsia di tapak tangan
Cuma aku enggan bermadah
bimbang, melukakan hati...
Liku rasa yang dia depani
telah aku jalani sebelumnya
Maka aku tidak ingin kau mengulangi padanya

Biarkan kali ini permainanmu sedikit berbeza
Biarkan pengakhirannya tidak seperti sebelumnya
Karena, aku tidak betah mengikut rentak mereka yang berlalu

Jawapan apa lagi yang kau mahu
telusuri benakmu, kerana ia ada disitu

Jangan sesekali bertanya..
kerana ianya tidak akan pernah tidak...

Jangan dilagu janji andai tidak difahami
Jangan di dondang setia andai tidak mampu

: XanaHanamiAdfaryl :

No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)