: kisah sebuah lift di pagi hari :

" Eh, keluarlah....tak paham bahasa ke?" 

Kami hanya memakukan diri, aku yang turut berada di tempat kejadian hanya tersengih-sengih memandang  Ash, esya dan Liza. Keadaan semakin hangat.

" Eh, korang ni takde otak ke?kitorang da tunggu lama tau tak"

"Eh, ko tau tak ni namenye alternatif, kitorg da berusaha, kalau ko nak cepat, ko berusaha la"

Jawab seseorang yang bagiku mewakili kami yang berada di dalam. Aku hanya mendiamkan diri, takut terkeluar sekali berasap pulak telinga=D

" Ni lah melayu, nak tunggu suap je, sampai bile-bile kat bawah la korang" 
 Sampuk seorang lagi kawanku, H yang sedari tadi membatu. Kami senyap, tiada yang mengalah, tiada yang beralah. Aku juga tidak mahu beralah, tidak beranjak.Tiba-tiba wanita itu melakukan sesuatu di luar kawalan, dia menahan pintu lift dari tertutup. Eh...eh....Tiba-tiba aku yang senyap terasa panas..

" Apa guna ada G kalau korang naik dari tingkat 4?" sambung wanita itu lagi"

"Weh, dari ko memekak, baik ko lepas je kitorang, ko tunggu je la sampai lift ni turun", 

Terdengar satu suara yang agak dingin, mungkin mengawal kesabaran.Wanita itu membiarkan pintu lift itu tertutup..Suara-suara yang tidak kedengaran mula menunjukkan belang pabila lift tertutup.

" Eii, pagi-pagi da maki-maki orang"
" Budak course ape la tu yang tak belajar hospitality"
" Da la hodoh, perangai pon hodoh"

Seakan-akan tidak perasan atau sengaja buat-buat tak perasan ada 3 orang kawan-kawan wanita tadi yang sempat masuk ke dalam lift. Mereka hanya senyap. Mungkin mendengar kata-kata yang ditujukan untuk kawan mereka tadi=p

Tiba-tiba lift terhenti di tingkat 4. Dan secara automatik lift tadi turun kembali ke G. Mungkin kerana lift tu pon tertekan kerana button di Ground Floor ditekan-tekan..hehehe....kami yang berada di dalam bersedia untuk mengadap wanita tadi sekali lagi.

" Hadoi, muka korang lagi, keluar lah", 
 Wanita tadi kembali berbunyi apabila pintu lift terbuka. Kami hanya memekakkan telinga dan salah seorang menekan-nekan butang agar pintu lift itu segera kembali tertutup. Hahahahaha...aku tertawa dalam hati, pertama kali dimarahi kerana sebuah lift. Aku sendiri tidak tahu pihak mana yang harus dipersalahkan. Ye lah, pagi-pagi lift penuh..Tingkat ade 16 manakala lift hanya ada 5 setelah ditolak sebuah lift yang di khaskan untuk lecturer. Kami menggunakan alternatif lain iaitu naik ketingkat 4 untuk mendapatkan lift ke tingkat 10...hehehhehe...Tapi dan dan kene marah pulak pagi tu.

3 Minggu kemudian, sekali lagi aku melihat lift begitu sesak. Tinggal satu lift yang boleh digunakan kerana yang lain under maintainance. Lantas aku, Ash, Esya and Liza membuat keputusan untuk menaiki tangga hingga ke tingkat 10. Aku melalui kawasan di mana pelajar-pelajar menunggu lift. Tiba-tiba....

" Oii...bodoh ke...keluar lah...."

Aku segera teringatkan kisah lalu, dan aku menoleh ke arah empunya suara....Masih empunya suara yang sama...Perempuan, di mana adabmu? hik3=D

P/S : namun UiTM, kau tetap dihatiku...there are no easy way to success but nothing is imposible=)

No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)