serapuh buih, serapuh iman..

Testing2 masuk pertandingan anjuran PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional)..Haha...Ditaip dalam masa 15 minit secara spontan..Result belum keluar..Tema, kasih sayang, prihatin, dan perikemanusiaan...Terima lah, serapuh buih, serapuh iman=)


Rindu….Rindu…Rindu….
Deruan nafas membelengu..
Kau hadir bersama cinta…
Aku berlari dan berlari..
Namun sempat aku menoleh menyambut huluran tanganmu

“ Serlahkan hatimu puteri,
Bisikkan padaku tentang rindu yang menggebu
Katakan kau juga cinta”

“Aku rindu…aku cinta kamu putera…
Mungkinkah kau tidak akan meninggalkanku sendirian?”

Dalam rindu dalam cinta
Syaitan bertamu jua…
Janji manismu kusanjung…
Serapuh buih dilautan  
Begitulah jua iman nan satu
Lantas kita bersatu, tanpa ragu

Secelik minda..secelik hati
Waktu itu tidak bisa diundur
dia hadir, mengisi rahimku
Dimana kau putera?
Bingung tanpa arah…bingung tanpa haluan..
Haruskah ku mati, bersama dua denyut nadi ini

“Puteri, aku sahabatmu..bersama kita mengharungi..
Jangan sekali-kali kau tersungkur..”

Bila waktu itu tidak bisa aku undur
Bila cintaNya memanggiLku..
Airmata kian menemani hari dan malamku..

“Aku tahu puteri..aku tahu sakitmu..
Aku pergi sebentar, menilai sebuah kesilapan
Bukan maksudku meninggalkan kau sendirian..
Aku kembali untuk menjadi yang halal bagimu”

Terima kasih tuhan..kerana memberiku jalan
Untuk membiarkan denyut nadi ini lahir ke bumi
Terima kasih sahabat kerana tidak pernah meninggalkan

“Putera,
Cintailah aku keranaNya..dan aku pasti..
CintaNya yang membawa kau kembali
Moga kita tidak lagi kehanyutan
Demi sebuah jiwa yang bakal tiba
Kita bersama membimbing hati ini putera..”

“Maafkan aku puteri..kerana gagal mengawal
Hasutan diri yang menggebu.
.Aku ingin, kita kembali padaNya”


“ Kasih sayang adalah tanpa warna, tanpa dilihat, dapat dirasai sekeping hati”

: XanaHanamiAdfaryL :

No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)