~ Persimpangan diLema ~


Hari ini saya pergi ke kelas seperti biasa...meNjawab test dan having some party with our lecturer...memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir untuk semester 4 di uitm Puncak Alam...saya seakan-akan berfikir lebih daripada biasa..heheh...Terlalu banyak yang saya fikirkan mungkin kerana saya sentiasa sedar yang masa itu berlalu dengan amat pantas...

Hari ini pensyarah meminta kami bertanya soalan...yang di luar dari subjek kami...Soalan dari AJ Biskut menarik perhatian saya kerana dia meminta pendapat pensyarah tentang cadangan hala tuju kami selepas menamatkan degree..sama ada perlu terus bekerja atau menyambung pelajaran..semestinya seorang pensyarah lulusan PHD menyarankan kami untuk terus belajar...hati saya terdetik..."wah,..bila nak kawin ni=p" tetapi apa yang saya fikirkan terhenti apabila memikirkan belum ada yang sudi menyunting bunga ini..(wakakkakaaa) jadi persoalan tersebut bukan lah terlalu besar untuk saya..heheh.


Jadi saya masih dipersimpangan dilema sama ada ingin belajar atau bekerja...saya inginkan kedua-dua nya..ilmu dan duit serta pengalaman...ada yang mengatakan pengalaman itu lebih penting dari ilmu dan ada yang mengatakan cgpa yang akan dinilai lebih berbanding pengalaman...Jadi rakan-rakan...apa kah yang sebenarnya lebih dinilai? (masih dalam kekeliruan)


Tetapi..apa yang dapat saya simpulkan...selagi kita berdiri di landasan yang betul..apa-apa yang kita lakukan tidak salah=) I cant wait for one year more to finish up my study...This moment is perfect for me...student life and sometime working make me feel tired but interesting...Saya bercadang untuk melihat keputusan peperiksaan akhir saya semasa semester 6 untuk menentukan hala tuju saya selepas itu..sekian...


~ xaNa HanaMi ~

No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)