PercaYa vs tidaK perCAya

 " Allah kita tidak dapat dilihat tetapi diakui kewujudannya"
"Angin juga tidak dapat dilihat tetapi ianya dapat dirasai"
"Hantu dan jin adalah keghaiban yang wujud"
"Cinta dan sayang tidak dapat dilihat... tetapi dapat dinilai oleh hati"

Wajarkah semua yang harus dipercayai itu punya bukti?Haruskah sesuatu yang tidak pasti kewujudannya terus dikatakan tidak wujud tanpa sebarang kajian?Adakah kita manusia yang maha mengetahui untuk menilai sesuatu berdasarkan akal dan ilmu cetek semata-mata?Apakah itu kepercayaan..kenapa kita kene ada kepercayaan? Kepercayaan adalah sesuatu yang terpahat dihati,ia adalah pilihan berdasarkan akal dan hati kita.heheheee....=D
Tapi kenapa persoalan kepercayaan ni begitu berat untuk difikirkan?


 "Cinta sejaTi tiDAk mengaJar kita mencurigaI tetApi mempeRcayAi"
"cINta sejAtI tidaK mengajaR kiTA meminTa..tetApi memBeRi"
"cINta sejaTi tiDAk menGajAr kiTa MeraGui....teTapi meNGajar kita meyakini"

Saya perCaya apabila kita berpenat lelah untuk membuatkan orang mempercayai kita tetapi tidak berjaya...ia Adalah satu ujian...saYa perCaya diam adalah jalan terbaik dan pintu kebenaran itu akan terbuka dengan sendiri...tidak kira cepat atau lambat...Kebenaran itu pasti akan tiba....Kawan-kawan...kata-kata adalah pedang...kata-kata adalah penawar dan kata-kata adalah sebab juga kepada tingkah laku seseorang...Kadang-kadang terlalu sakit apabila kita terlalu belajar berkorban tetapi apa yang kita dapat hanyalah hinaan dan cercaan=) Tapi bukankah kepercayaan itu adalah satu ujian untuk menguji kekuatan ikatan hati?

Saya percaya..kepercayaan itu lahir dari hati...Sekuat mana pun keraguan...hanya kasih-sayang yang akan menyatukan hati itu kembali..tidak kiralah keraguan kepada parent..lover ataw friend=) Hati kita berhak memilih untuk mempercayai atau tidak mempercayai tetapi jika meragui itu akan memusnahkan, mengapa kita masih memilih untuk tidak percaya? Kerana itu saya sentiasa cuba mempercayai dan memberi peluang kepada insan-insan yang membuat onar di dalam hidup saya...eheh=p Kerana saya pasti juga...siapalah manusia untuk menghukum manusia?

Dan saya pasti....walau sejauh mana manusia itu terhanyut atau berpaling...kita adalah manusia yang ditugaskan untuk membimbing...bukan menghukum...Walau sejahat mana seseorang itu....saya percaya jauh di sudut hati...mereka masih ada naluri untuk menjadi sebahagian dari manusia lain....Dan saya percaya...kata-kata yang kasar hanya akan membuat seseorang itu memberontak dan memilih jalan hitam=) Jadi...lebih baik kita memelihara kata-kata sebelum kata-kata itu akan merosakkan hati-hati sang penerimanya...

Tetapi apa yang lebih saya percaya...Allah maha melihat dan kebenaran satu kata-kata yang berunsur fitnah akan dibalas...Kebenaran itu pasti akan tiba tidak kira cepat atau lewat...Peliharalah kata-kata sebelum kata-kata itu memakan diri sendiri...Kepada sang penerima,yakinlah kata-kata yang tidak berasas hanyalah salah satu ujian keikhlasan dan menguji sejauh mana kepasrahan kita dengan ketentuanNya=)

                                                                                                                                       ~ Xana Hanami ~

No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)