~ K.I.T K.A.T ~ [Mininovella Fair&Lovely Contest 2008] ~




by: me

Ni cerPEn yg akU creaTE semPena mininovella fair&Lovely CoNTeSt 2008...even tak dpt No 1..Tp terseNaraI gaK dLm top 10...tHanX 2 Nor Liza Ahmad yg gune fair&lovely so aku ley curik barcode die...n T
haNx 2 najIHah AbduLLah yg temanKan akU AMek hadiah dat tyme...cian die..melecet kaki die teman akU...

Ok...SLAMAt MembacA=)

Kesepian itu membawa aku cuba berlari jauh….kesunyian itu menjadikan aku perindu yang tidak bertepi….tanpa haluan,aku bangun. Aliff…menyebut namamu saja mampu menikam hati ini…apatah lag
i kalau aku punya waktu melihat ukiran wajahmu.Pantai dihadapanku begitu luas, bersama ombak dan langit yang juga tidak pernah aku hitung keluasannya. Tapi mengapa hati ku sesempit lubang cacing? Sepasang kekasih dihadapan ku begitu bahagia membelai cinta…dan kesan tapak kaki mereka yang disapa ombak membuatkan aku sempat mencipta madah. Kenangan itu ibarat kesan tapak kaki di pantai….dan ombak itu ibarat masa yang berlalu….semakin masa berlalu…semakin terhakis kenangan lalu….ibarat kesan tapak kaki…yang dihapus ombak…Benarkah? Aku tidak mampu menjawab kerana kenangan itu lah yang melukakan….dan kenangan itulah yang aku cuba lupakan…agar kehidupanku tidak terjerut dalam kepompongnya.

Telefon bimbitku berdering kuat sekali. Lantas mengganggu ketenangan semula jadi di pantai ini.

"Assalamualaikum"

"Waalaikummussalam"
"Dina…"
Suara yang terlalu lama tidak kudengari sehingga aku seakan melupakan pemiliknya.
"Dina, lusa datang Plaza Angsana tingkat 2 ok? Saya tunggu"
Farhan….Aku mendengus perlahan. Dan aku menapak perlahan…Moga kenangan lalu itu tertinggal bersama tapak kaki ku…




Nyalaan pelita itu begitu mendamaikan….aku dan adikku nyenyak dibuai mimpi….dentuman kilat itu menyentakkanku…lantas mataku yang enak dibuai mimpi terbuka pantas…Kulihat ayah sedang duduk, tidak melelapkan mata barangkali..

"Kenapa ayah tak tidur?"
Suara keanakan ku memecah kesunyian. Memandang ayah yang tersenyum.

"Ayah tengok anak-anak ayah tidur.."

"Kenapa?"

"Yelah, nanti kakak dengan adik dah bes
ar, ayah dah tak dapat tengok
muka anak-anak ayah macam budak-budak lagi."

"Hujan lebatlah ayah, rugi ayah tak tidur tau"
Ayah ketawa…mungkin lucu baginya…tiba-tiba aku terasa sejuk di tapak kakiku..Mencerlang mataku memandang
atap rumah.

"Ayah, air masuk"

"Akak tidurlah,ayah cari timba ok?Ayah tak sempat baiki atap rumah kita
siang tadi"

"Hmm….tengok adik tidur ternganga ayah"

Ayah ketawa…dia bangun mencari baldi untuk menadah air yang bocor. Hati kanak-kanakku sudah pandai merasa sayu. Aku pantas menarik selimut…dan tanpa ayah sedar…aku menangis perlahan…Ayah…bila akak besar nanti…akak jaga ayah dengan mak baik-baik…getus h
atiku…Aku memandang adikku yang setahun muda dariku. Meski umurku 7 tahun, kata ibu aku perlu matang untuk menjaga adik.Entah jam berapa, aku tertidur..bersama angan-angan yang entah akan tercapai atau tidak.


"kak,bangunla…kita kan nak tengok mak kejap lagi" Azwan menggoncangkan tubuh ku. Aku mengeliat malas. Namun membayangkan wajah ibu, aku segera bangun. Meski baru semalam ibu memelukku, aku begitu merinduinya. Kami bertiga menunngu bas di stesen buruk kampong ku. Azwan sibuk bercerita itu dan ini kepada ayah dan aku lebih gemar mendiamkan diri. Setibanya kami di hospital, aku mencari wad bernombor 440. Doktor dan jururawat menyambut kami dengan senyuman yang sukar dimengerti.

"Mak! mak! Kami dah sampai" Azwan ketawa girang sambil menuju kearah ibu. Aku menegahnya membuat bising. Keran
a aku lihat ibu sungguh tenang dalam tidurnya .Azwan meletakkan jarinya di bibir. Mungkin dia tersedar perlakuannya yang mengganggu tidur ibu. Ayah mengucup dahi ibu dan memanggil aku dan adik merapati ibu. Tanpa disuruh, aku turut mencium ibu. Sejuk. Hanya itu yang mampu aku katakan. Adik turut menuruti. Dia yang petah berkata-kata terus bertanya,

"Mak baru lepas mandi ke akak? Sejuk je…nape mak tak sedar kita datang"

Aku hanya senyap. Akalku yang masih pendek ketika itu terlalu sukar untuk mentafsir hakikat yang ibu sebenarnya telah pergi selamanya. Aku hanya mampu memahami erti kematian itu apabila aku dan adik terkebil-kebil melihat ibu dalam balutan kafan putih dan bacaan yaasin memenuhi ruang pondok buruk kami. Dan malam itu adik menangis. Ayah kukira, meyimpan kesedihan itu didalam hati. Dan aku, memeluk bantal yang pernah ibu jahitkan sebagai pengubat hati yang terlalu sepi ketika ini.


Di sini akhirnya aku, di sebuah rumah kebajikan masyarakat. Ibarat drama-drama yang sering ku tonton, ayah juga pergi buat selamanya sepuluh hari selepas kematian ibu. Cumanya, untuk drama kehidupan ini, aku lah pelakon yang memegang watak utama itu.
Ku teka ayah begitu merindui ibu, kerana
aku pernah mendengar tangisan nya ketika aku berpura-pura tidur.

"Dina, dah siap ke?" lamunanku terhenti.
"Hikma, terkejut aku….jap, fair and Lovely tak pakai lagi…nanti tak
cantikla..haha…" gurauku..

Aku memandang cermin. Sudah puas hati
dengan penampilanku, aku bersama-sama Hikma menuju ke tapak Kempen Anti Dadah. Di sini lah hidupku, bersama-sama sahabat yang mungkin kurang bernasib baik. Tetapi nasib kami terbela di bawah jagaan “ibu” dan “ayah” yang bagi ku cukup adil memberi kasih sayang mereka.

"Kau tahu, Farhan bertanding kejap lagi..nak tengok?"
Aku mengangguk. Masakan tidak, Farha
n adalah sahabatku dari kecil di rumah kebajikan ini. Dimana Azwan? Kecerdikannya telah membawa dia ke Sekolah Berasrama Penuh. Aku tegar berpisah kerana aku tahu dia mampu menjadi insan yang cemerlang.
Ketika ini, aku berada di tingkatan 5. Peperiksaan SPM tahun ini bakal menentukan nasibku. Aku memandang Hikma. Hampir 8 tahun kami bersahabat. Sempena Kempen Anti Dadah pusat kebajikan ini telah bergabung dengan sekolahku yang terletak berhampiran. Alunan piano itu menarikku. Seakan bergetaran seluruh sukmaku. Sebati sudah irama itu dengan jiwaku.

"I promise you
You're not alone
When the lights go out at night
When you're feeling lost inside
You're not alone
You're not alone
When your world is falling down

I will be the one around
You're not alone
You're not alone
I promise you
You're not alone
When the lights go out at night
When you're feeling lost inside
You're not alone

I will be the one around"

Alunan suara Farhan menghayati lirik You Not Alone nyanyian Shayne Ward begitu menusuk hatiku. Kenangan ketika aku masih di alam kanak-kanak menjelma. Farhan gemar memberiku Kit Kat. Katanya, Kit Kat bermaksud, Kau Insan Tersayang, Kau Amat Teristimewa. Tapi kini, masih adakah kenangan kanak-kanak itu di hati Farhan. Kedewasaan menjadikan kami begitu malu antara satu sama lain. Pada Hikma sahaja s
elalu ku luahkan rahsia hati. Sememangnya, kenangan kanak-kanak itu amat mengikat hatiku. Seingatku, kali terakhir aku beramah mesra dengan Farhan adalah ketika kami di tingkatan 3. Selepas itu, kami terpisah kelas kerana keputusan PMR nya yang lebih cemerlang. Sifatku yang terlalu pendiam juga menjadi penghalang. Siapalah aku dibandingkan dirinya. Aku anak kebajikan dan dia mempunyai keluarga yang cukup terkenal di daerah ini. Namun, ayahnya cukup kukenali kerana beliau sering membantu anak-anak kebajikan. Ayahnya juga sering mendermakan sejumlah wang untuk urusan pembelajaran kami penghuni rumah kebajikan itu.

"Dina.."

Lamunanku terhenti. Farhan menghulurkan sesuatu untukku. Setelah aku menyambutnya, dia berlalu dan sempat meninggalkan senyumannya untuk terus ku semat di hati.





Malam itu, aku merasa betapa aku tidur dengan senyuman. Bait-bait surat Farhan seperti sudah ku hafal.

"Assalamualaikum, buat Dina yang comel.
Time Farhan nyanyi tadi, lagu tu untuk Dina tau…Speacial for you…SPM dah tak lama lagi..So, Farhan harap Dina study rajin-rajin. Kita kan selalu berangan nak sambung belajar dan lepas tu bukak kedai coklat sama-sama? Haa…jangan lupa kalau makan Kit Kat tu,ingat Farhan tau..tata Dina"

Farhan, sememangnya aku punya impian
itu meski tidak bersama kamu, aku akan tetap berusaha mencapai yang terbaik untuk kehidupanku. Aku tidak sepandai Azwan, tapi aku punya satu impian untuk membuka sebuah kedai yang menjual coklat. Mungkin kerana semangat Kit Kat itu.


Ya, kini aku berjaya melanjutkan pelajarank
u di UTM. Kedai coklat impian ku entah kemana. Farhan juga mungkin bernasib baik kerana dia melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di Indonesia. Dan aku, meneruskan pengajian ku dalam bidang Psikologi. Sudah lebih setahun aku tidak mendengar khabar Farhan. Aku tidak kisah kerana kami tidak pernah punya apa-apa ikatan atau berjanji apa-apa. Mengapa pula aku mesti berasa kecil hati andai dia tidak menghubungiku. Namun, sejauh mana aku mampu menipu hati sendiri. Kenangan cinta kanak-kanak itu terlalu membelengu. Cinta? Mungkin. Cinta yang tidak terucap itu berbekas jauh di lubuk hati. Tambah menyakitkan kerana aku telah memberikan seseorang harapan atas dasar cuba melupakan. Aliff, satu nama yang cukup menenangkan. Biar aku sahaja yang tahu bahawa aku tidak pernah punya perasaan untuknya.

"Dina, makan jom?" aku tersentak,jelas sekali sifatku yang gemar mengelamun.
"Aliff,terkejut Dina. Makan kat ne? Jom lah"
Pantas aku membuang ingatan untuk Far
han dan mengalihkannya kepada Aliff yang sentiasa di sebelahku tidak kira ketika aku sedih atau ketawa. Aliff sentiasa membahagiakan dan aku tidak pernah punya alasan untuk menjauh darinya. Biarlah kenangan kanak-kanak itu berakhir hari ini. Saat ini aku begitu memerlukan sahabat seperti Hikma yang amat memahami. Dia kini di UiTM dalam bidang TESL. Sesuai dengan dirinya yang begitu bijak dalam bahasa Inggeris. Apabila kelapangan, aku tidak pernah lupa bersama Hikma dan Azwan menjenguk rumah kebajikan tempat kami membesar. Melihat kanak-kanak di rumah itu menginsafkan aku betapa nasib manusia itu bukan pilihan kita. Tapi, kita punya jalan untuk merubahnya.



"Dina tak nampak happy,kenapa?"tegur Aliff.

"Ye ke? Dina ngantuk kot? Ala Aliff ni, macam tak kenal Dina"

"Tak, you look like lost someone. Or Aliff ada buat salah?"

"Taklah, Dina letih sikit. Jom pegi jalan-jala
n kat Angsana ke, nak?" Cadangku.
Petang itu kami bersiar-siar. Terlupa sebentar cinta monyet yang tidak terungkap itu. Pernah sekali aku diserang demam campak dan tidak mampu ke kuliah, Aliff bersusah payah memfotostatkan nota-notanya agar aku tidak ketinggalan. Dia juga sering mengirimkan makanan untukku. Bila saja aku tertekan dan berputus asa, dia sentiasa hadir memberikan semangat. Perasaan aku ada untuknya, tetapi tidak seistimewa untuk Farhan. Malam itu, aku solat meminta ketenangan dari-Nya. Juga mendoakan Kesejahteraa
n kedua ibu bapaku yang amat aku sayangi. Doaku, moga aku menjadi manusia berguna di dunia dan di akhirat.


Kesibukan menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ketiga ku membuat aku tidak punya waktu untuk memikirkan selain soal akademik ku. Hari ini hari terakhir untuk aku menghadapi peperiksaa
n. Ku kira,aku sudah membuat yang terbaik untuk diriku. Kadangkala aku turut mengulangkaji bersama Aliff dan berita terbaru, Azwan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Rusia di bawah tajaan JPA. Aku bersyukur yang teramat untuk itu. Esok merupakan hari terakhir untuk aku berada di UTM untuk semester ini. Selepas itu, mungkin aku perlu mencari pekerjaan sementara untuk menampung kehidupanku. Cuti ku pada kali ini serentak dengan Hikma. Jadi kami merancang untuk bekerja bersama-sama. Ada juga Hikma mengajakku untuk mengajar tuisyen untuk kanak-kanak di rumah kebajikan tempat kami membesar dulu. Itu juga tawaran yang menarik untuk mengisi masa lapangku. Tiba-tiba telefonku berbunyi.
Panggilan dari Aliff.

"Janji dengan Aliff jaga diri baik-baik ok?," ada kelainan pada suara itu.
"Aliff tak nak jumpa Dina sebelum balik esok?" ceria suaraku.
"Aliff tak sempat," dan panggilan terus terputus.

Universiti ku gempar malam itu. Seorang pelajar jurusan Psikologi maut ditikam kerana cuba membantu mangsa ragut. Peragut itu mungkin seorang penagih. Dan insan yang maut itu adalah Aliff Haikal? Men
gapa disaat aku merasakan perasaan indah itu, dia terlalu cepat meninggalkanku. Kesepian yang tidak pernah kurasakan begitu mencengkam. Aku menangis di dalam solat. Mengenangkan insan-insan kesayangan yang telah pergi meninggalkan aku sendiri. Manakan aku mampu untuk tidak menangis? Aku tidak sempat untuk menunjukkan betapa aku menghargainya. Yang tambah memilukan hatiku, di saat terakhir nyawanya, dia masih mengingatiku?

"Even if you cannot hear my voice..I'll be right beside you dear"


Aku berjalan keseorangan di Plaza Angsana. Kenangan bersama Aliff berlayar di minda. Seharusnya aku tidak hidup dalam kenangan. Aku memerhatikan segenap ruang. Menunggu panggilan dari Farhan. Bagaimana agaknya wajah itu. Pandanganku tertancap pada sebuah kedai coklat. D’HAN CHOCOLATE. Pantas sahaja aku menapak menuju kearah kedai itu
. Jurujual tersenyum manis menyambutku. Dekorasi kedai itu begitu menarik. Pencahayaannya juga sangat sesuai. Kebanyakan coklat tempatan dan luar negara terjual di situ. Namun, mengapa selama ini aku tidak pernah menyedari kewujudan kedai ini. Aku hanyut didalam angan-angan dan impian kanak-kanak ku bersama Farhan.

" Cik Dina?" Aku menoleh. Jurujual itu menghulurkan sesuatu kepadaku.

"Assalamualaikum, buat Dina yang Farhan rindui. Comel tak kedai ni? Kedai yang Dina selalu angan-angankan telah Far
han ciptakan dalam realiti. Farhan harap Dina sudi tolong Farhan jaga uruskan kedai ni sama-sama dengan Farhan sebagai rakan kongsi. Lagi pun, Farhan bukan selalu balik Malaysia nak tengok kedai ni. Dina belajar kat Johor jadi mungkin Dina punya lebih banyak masa. Opps..jangan fikir lama-lama. Tawaran ni khas untuk orang yang Farhan sayang je…Orang yang banyak bagi inspirasi kat Farhan dalam hidup.Farhan amat rindukan Dina. Selamat Hari Lahir dari Farhan.”

Aku terdiam kerana terlalu terharu. Dan apabila aku mengangkatkan wajahku, seseorang menghulurkan Kit Kat untukku. Farhan melemparkan senyuman paling manis yang mencairkan segenap rasaku. Impian kanak-kanak itu mewujudkan inspirasi. Aku amat merindui arwah ibu dan bapaku ketika ini. Dan aku berjanji untuk tidak mengabaikan pela
jaranku disamping impian ini.
>xaNa08


Kau Insan Tersayang..kaU amaT terIstimewa ~ K.I.T.K.A.T





No comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

Leave Cop Jari (,^^)