Santai Seoul Korea!


hai hai! kali ni saya update belog cepat-cepat. Ye la kalau tak update langsung terlupa nanti.

okay, honestly saya pada mulanya tak terfikir nak touchdown atau sampai ke Seoul Korea ni. Maklumlah last layan-layan drama Korea ni dulu-dulu je zaman diploma. It was 7 years ago! Now memang tak terikut dah perkembangan K-POP.

Jadi, trip kali ni merupakan trip santai je tau, asal jejak. haha! Budget semua akan saya masukkan di akhir cerita.

Fly to Seoul Korea! 


babai Malaysia - see u again

Gerak dari KLIA 2 jam 1.05 am. Macam biasa, parking di Putrajaya  Central dan naik ERL ke KLIA 2. Flight tenang dan okay. Lebih kurang 6 jam, pagi tu kami tiba di Incheon Airport. Untuk makluman, waktu di Korea awal sejam je dari Malaysia. Jadi tak terasa sangat jetlag tu.

Tiba di Incheon Airport

Bila tiba di Incheon Airport, airport ni agak besar, perlu menaiki tren ke ruang arrival. Jangan risau sebab direction ada tertulis dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah proses pemeriksaan semua berjalan lancar. Lepas tu mulalah terpinga-pinga sikit sebab eport besar kan. hahaha!

Mujurlah sebelum sampai tu dah study, jadi keluarkan lah itinerary yang dah ditaip dan di print. Mula-mula sekali kami beli T-Money dan top up 25,000 won.

Guesthouse kami di area Chungmuro Station - bersebelahan Myeongdong. Jadi kami naik bas 6001 dan bas berhenti betul-betul di Chungmuro bas station.

Reason tak naik subway - takut sesat. kih kih kih

but lemme taste you 1st
 kami tiba di GH awal dalam jam 10 am - dalam sejuk-sejuk tu bersyukur reception ada kat situ.
Drop bag dan lepas tu just jalan-jalan sekitar Myeongdong. Orang kata - warm up.


dapur GH - makan dulu alas perut

Jalan - jalan , sejuk gilaaa. menghitung check in time

random
Makan sambil terketar sejokk
Day 1st ni tak jalan mana sangat. Just makan streetfood dan jalan-jalan tengok kosmetik dan tidur awal. Ngantuk!


Day 2 : Namsan Tower/Itaewon


Hari kedua ni da refresh! Jadi, dalam jam 8 pagi kami bergerak ke arah Namsan Seoul Tower Cable Car station. Kami decide taknak menapak sebab nak jalan kaki banyak lagi sepanjang berada kat Seoul ni.



Depan GH - Come On Guest House

Cable Car Station - berdekatan Myeondong Station bertentangan UNIQLO

Candid

Tengah menconteng
Frust daun banyak dah kering. Harap-harap kat Nami still fresh

Stress dedaun dah gugur - mana maple leaf ni?

Petang tu kami singgah di Itaewon - nak try halal food kat Makan Restoren
Kat sini ramai juga yang redeem kupon. Kalau you guys rajin dan sempat, boleh dapatkan kupon diskaun makan kat sini - dalam 1 bil diskaun 3000 won. Kupon tu boleh ambil di Korea Tourism Organization kat KL. Siap leh dapat T-Money free tau if g ambik booklet tu. Ni untuk tahun 2016. Tahun akan datang kena rajin-rajin check sendiri ya!

side dish - free flow, boleh request if nak tambah

sedappp! Bulgogi ;)

Berkenalan dengan tourist Malaysia waktu sesat di Itaewon

Masjid di Itaewon

Day 3 : Nami Island + sesat

Hari ni dengan semangat waja, pagi-pagi pukul 6.30 di Korea, kami dah bangun dan bersiap-siap untuk ke Nami Island. Dengan harapan masih banyak dedaun dan boleh feeling autumn kat Nami.


Kawan baik di Seoul Korea
Siyes memang kami sesat-sesat salah line nak ke Nami Island ni. haha. Jadi kalau dari Chungmuro, ni route yang betul :

Chungmuro St - Dongdaemun Culture st - tukar ke line 2 - berhenti di Wangsimni st - tukar train - ambil line Gyeongui Jungang - berhenti di Mangu st - tukar train ambil line Gyeongchun - stop kat Gapyeong st. 


dalam subway

adeh...finally nasib sampai. hahaha!

Gapyeong Station!

Dari sini, kami ambil bas sebab berdua je, kalau naik teksi harga nya lebih kurang 3000 /4000 won satu teksi. Dalam 15 minit je ke jety. Kalau naik bas, harganya 1200 won seorang.

dalam bas

Tiket ke Nami Island : 8500 won

Feri!
Tiba di Nami Island. Sejuk benooo.












Tidur je lah, frust daun semua dah kering. ahahahha!
sambung lagi nanti ;)

Persiapan sebelum ke Seoul, Korea (Hujung autumn)

Persiapan sebelum ke Seoul, Korea!

22 - 27 November 2016

Entry kali ini saya akan ceritakan perjalanan saya ke Seoul Korea! Tarikh yang dipilih adalah sekitar penghujung November. Kekonon nak feeling áutumn in my heart tapi still not sure sebab awal November tu ramai geng-geng Backpackers share yang suhu kali ni drop awal. Pada 10 November pun suhu dah -2.  Basically memang tak ready sangat kalau sejuk teramat, kalau sejuk aircond 16 tu saya still suka ;)

Jadi ini adalah barang-barang yang saya dan travelmate beli 3 week sebelum kami berangkat ke Seoul. Konsepnya gaji hujung Oct tu beli la barang-barang untuk travel. Kami plan beli sikit-sikit dulu sebab jika betul-betul sejuk, kami akan beli kat Seoul nanti. Dengar cerita, kat sana lagi murah dan cantik!

Saya beli

Knitted Sweater from H&M
Winter Jacket (jenis gelembung dan yang biasa)
Winter Jacket Kain
Heat Tech Inner from Uniqlo
Glove from UT
Wool Socks (tidur) from Daiso
Warmer (body & hand)
Seluar Heattech Uniqlo

Travelmate

Winter Jacket
Wool Socks from Daiso
Glove from Daiso

Makanan

Maggi Cup
Biskut (chipsmore)
Biskut Jacob
Muffin Banana
Bubur Segera (kering)
Nasi Goreng Kampung Segera
Nescafe 3 in 1
Sebuku Roti Gardenia
Twiggies
Jem

Lain-Lain

Travel Plug
Kamera
Rain Coat
Pakaian
Seluar/Baju/Tudung/Brooch
Keperluan - mandian & colgate







Komen Selepas ke Seoul Korea

Alhamdulillah, semua barang-barang di atas ni lepas kami masuk hand carry. Kecuali jem lady choice. Terlepas pandang yang jem tu 175g. Lebih dari 100g.kikiki. Redha je lah.



Trip ni merupakan trip pertama kami ke Seoul pada musim autumn. Mula-mula kami macam confident je Seoul tak sejuk mana. Nak beli heat pack tu pun berkira. Waktu kami di Malaysia, kami tengok suhu lebih kurang 11 celcius. Setibanya kami di Seoul, pelik tengok semua orang berwinter coat dalam airport padahal panas je. Rupanya dalam airport tu panas sebab ada heater! Once kami keluar je, bercakap pun keluar asap dan suhu adalah 2 darjah celcius! Memang ketar!


Jadi winter coat, heat tech (kalau boleh badan dan kaki sekali), heat pack, baju heattech tu semua amat penting dan amat membantu ketika menangani kesejukan kat sana. Mula-mula pakai heattech inner tu, lepas tu sweater atau sweatshirt, last sekali boleh cover dengan winter coat.

Kalau tak, memang spoil mood dan boleh jatuh sakit!

Winter coat memang banyak kat sana dan murah compare to Malaysia (yang takde brand). Boleh cari di sekitar Nandaemun Market.

Tak nak pakai glove takpe, tapi make sure dalam poket standby heat pack. Dekat Daiso Seoul ada jual yang saiz besar, memang best sangat guna kat sana. IDK kenapa glove touchscreen bila kat sana macam takde function. Maybe sejukkk sangat gaknya...Nak taknak terpaksa bukak gak glove. hehehe.

Untuk makanan pula, walaupun kami tinggal area Myeongdong, kami makan streetfood yang boleh dimakan oleh orang Islam serta kami jarang memasak di guest house. 3 in 1 tu pun penting atleast boleh lapik perut sebelum keluar dan kami akan cari restoren halal sehari sekali untuk makanan berat.

Okay, perjalanan di sana dan budget saya akan kongsi dalam entry lain. Stay tune!

Jalan Jalan Boracay - Philiphines

Day 1

KLIA - Kalibo

Flight pukul 10.30 pagi. Sebelum berlepas saya dan my travel partner dah ready beberapa items seperti megi, biskut, sambal hitam, 3 in 1 dan coklat. Dengar kata kat sana susah nak carik halal food jadi kami bawak la bekal sambal itam, in case kan. 



Pagi tu kami bergerak ke Putrajaya Central dan ambik ERL ke KLIA 2. Alasan utama parking dekat Putrajaya Central sebab nak jimat kos parking. Memang banyak boleh jimat, parking berbumbung kat Putrajaya Central hanyalah RM4 sehari. Seterusnya, tiket ERL ke KLIA2 hanyalah seorang RM8.80 sahaja. 

tunggu ketapi kat Putrajaya Central

sampai eport, naik bas ke jeti nak ke Boracay

Saya beli tiket online dengan southwest

Our small room for 4d 3n at Green Monkey Boracay Station 2


Malam tu jalan-jalan kat wet market

Lepas beli, boleh upah nearby restoren untuk masak!

Nyum!
Ada beberapa halal restoren kat area tu. Boleh pilih kat sana. Yang kami pilih ni agak pricey but masakan boleh pilih, nak Korea Style ke, Chinese Style ke, of coz tekak Malaysia kan, jadi kami pilih Malay style =) 


Day 2 : Island Hoping


Otw to Helmet Diving punya point

Ok, nak turun dah, nebes

Dah kat dalam

nak cari Nemo

Guide bagi roti kat ikan



Snorkeling time!



Stop kat Crystal Cove Island, man made katanya

Yeay

View kat sini memang santek



mandi manda sementara tunggu boat datang

Day 3 : Zipline, ATV, Paddle Boat, Parawsailing




Pagi di D'Talipapa

Acah-acah berdebar, bila naik, laaa tu je?

After Zipline! Best dan tak puas.

ATV!

I dont know, dalam banyak2, main ni yang best, kikikiki

hello from White Beach, Boracay!

View

Our last night here

Sunset <3
Selain makan seafood, kami makan di sini! Kat sini takde goreng-goreng, dia macam nasik campur. Harga murah cuma kedudukan ceruk sikit ;)





Rakaman sunset di White Beach waktu Parawsailing, babai Boracay!




Holiday kat sini was okay! cuma aktiviti dan food tu mahal sikit. Kene pandai carik.
Dont forget minum Jonah's Milkshake;)

Kat bawah ni total budget kami yang kuat makan seafood.

Tata!

Total perbelanjaan kat Boracay untuk 2 pax

Flight + makanan dalam flight : RM500
Penginapan budget di Monkey Green : RM336 (4D3N)
Pengangkutan dari Airport - Boracay-Airport: RM195
Sim kad : RM30
Aktiviti kat Boracay : RM538
(6200 peso for  2 pax - Helmet Diving, Island Hoping, Zipline, Parawsailing, ATV)

Paddle boat : RM40

Pebelanjaan lain especially makan : RM600

TOTAL : RM2239/2 = RM1120